Tuesday, June 15, 2010

Menu buat perut si manja!

Saif dah besar.
Dah 1 tahun, 3 bulan, 3 minggu dan 5 hari.
(",)
Na dah mula bagi Saif makan nasi.


Selalunya Na masak malam.
Balik keja, sampai umah pukul 8 or 9 pm.
Terus masakkan food Saif.
Kadang-kadang je Na masak pagi2.
Na takut Na bangun lambat, kang sian anak Mama tak makan nasi.


Nasi is a MUST for him.
Dalam seminggu, nasi mesti 3 kali.
Menu adalah simple but full of nutritious. 
(",)


Monday
Ayam masak kicap.
Tumis bawang putih + halia + bawang merah yang telah diblend ke dalam marjerin yang telah dipanaskan.
Masukkan 2 ketul ayam sederhana besar.
Hiris carrot nipis-nipis dan campur ke dalam kuali.
Tuang kicap manis dan sos tiram secukup rasa.
Teruskan hingga ayam masak betul.
Done.




Tuesday
Sup ikan/ayam.
Tumis halia + bawang putih + bawang merah + halba campur dalam marjerin yang dipanaskan.
Masukkan 2 ketul ikan / ayam sekali dengan satu cawan air.
Campurkan ubi kentang, carrot, daun saderi atau apa2 sayur yang anak anda suka.
Rebus hingga mendidih dan isi ikan/ayam masak secukupnya.
Ups, masukkan sedikit garam.
Tabur daun sup/bawang.
Done




Wednesday
Macaroni and cheese.
Rebus minched meat dan blend isinya.
Rebus macaroni menggunakan air daging tadi.
Masukkan carrot yang dicincang.
Setelah air hampir kering, campurkan cheese.
Done.


Thursday
 Fruty oats.
Tuangkan setengah cawan susu ibu/ susu tepung/ susu segar ke dalam periuk.
Masukkan epal + kurma + limau + ceri yang telah dipotong dadu dan masak hingga bertukar warna keperangan.
Masukkan setengah cawan oats.
Done.


Friday
Bihun goreng Singapore.
Panaskan sedikit marjerin, tumis bawang putih + halia + bawang merah.
Masukkan hirisan daging ayam dan sedikit garam.
Campurkan bihun yang telah direndam sebelumnya.
Masukkan juga sayur sawi + carrot cincang.
Pecahkan sebiji telur dalam kuali.
Goreng hingga bihun betul-betul lembut.
Done.


Menu Saif seminggu.
Sentiasa bertukar selagi kudrat masih ada.
(",)
Tukar2 menu jom!



4 comments:

nieda said...

kdg2 takde idea nk varietykan masakan anak..bolehla cuba list menu ni

Kancilbiru said...

yang penting dia makan hasil tangan ibu sendiri....tu yang paling sedap..

CuppyCakeMommy said...

bestnya naa..nak try lah menu na ni kat mia..skang dia mmg susah nak makan

CIK NANA said...

Nieda : silalah cuba. :)

Kancilbiru : betul2, air tangan ibulah masakan yang paling yummy dlm dunia!

Siti : boleh aja.. sometimes diorang tanak makan, saif pon pernah refuse makan gak dulu. nak main jek keje.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...