Friday, May 14, 2010

Warkah terbuka buat PERAGUT

TQ to google image.

Dear peragut,
Aku tahu kamu manusia biasa.
Punya keluarga, punya teman, punya perasaan.
Tentu ada sebab yang membuatkan anda tekad untuk menceburi bidang meragut ini.

Dear peragut,
Kamu rasa kamu tidak bernasib baik.
Tidak punya pekerjaan.
Tidak ada yang sayang.
Tidak punya wang untuk membeli barang keperluan atau dadah.
Maka kamu menjadikan semua itu alasan untuk meragut.

Kamu salah wahai peragut.
Semua orang ada masalah.
Kamu tidak akan tahu masalah semua orang di sekeliling kamu.
Kami juga kadang-kadang kesempitan wang, putus cinta dan kehilangan pekerjaan.
Tapi kami cuba mencari alternatif untuk mengubah kehidupan kami.
Kami tidak pilih untuk meragut kerana kami tahu ia pekerjaan hina malah salah juga haram disisi agama.

Dear peragut,
Kamu baru berjaya meragut seorang sahabat owner blog ini.
Tangannya luka terseret di jalan raya.
Tubuhnya sakit lantaran terhentak.
Alhamdulillah, semua barangnya berjaya diselamatkan.
Namun kamu telah menyebabkan dia trauma/fobia.
Kamu fahamkah?
Trauma!

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kawan saya TERSELAMAT.
Bagaimana dengan mereka yang TEWAS?
Yang TERBUNUH lantaran keghairahan kamu untuk mengambil duit yang tidaklah semewah mana dalam handbag tue?
Kamu faham tak?
Kamu boleh rasa tak perasaan keluarga mangsa yang terkorban angkara kerakusan kamu?
Mereka harus meneruskan hidup tanpa orang yang disayangi.
Perit.
Kalau mereka tidak berfikir macam kamu, mereka juga akan mengambil jalan mudah untuk meragut seperti kamu!
Tapi mereka tidak bodoh!
Mereka ada pegangan hidup.
Walaupun keperitan mereka lebih teruk dari kamu!

Dear peragut,
Kamu sudah melampau.
Meragut sana sini.
Sudah tidak peduli.
Perempuan atau lelaki!
Berbadan dua mahupun sendiri.

Dear peragut,
Cuba bertafakur sekejap.
Kalau yang diragut itu adik/kakak/ibu/nenek/abang kamu?
Kamu rasa apa?
Fikir.
Fikir.
Fikir.

psst : Peragut punya life juga. Tidak mustahil mereka baca ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...