Wednesday, May 5, 2010

Tentang kekurangan..

Sometimes, people are just plain R.U.D.E.
Nampak orang GEMUK ; selamba dilaung BADAK. 
Nampak orang GELAP ; selamba digelar ARANG.

Itu contoh paling common.
On saja TV, sudah ada halimah jongang mahupun fatimah juling.
Kata setengah orang, buat apa melenting?
Jongang mahupun juling hanyalah kata sifat.
Ia wujud bukan khayalan.
Ia ada antara kita.

Ya betul.
Memang semua itu realiti.
Tapi ia tidak terjadi pada kamu.
Ada juga insan bergigi jongang yang selamba menonton halimah jongang sambil terbahak-bahak ketawa jua.
Mereka itu kategori KUAT SEMANGAT.
Bagaimana pula dengan insan yang berjiwa sensitif?
Juga kanak-kanak.
Sudahlah rendah diri, dikeji pula sana dan sini.

Manusia.
Usah terlalu pantas membuat keputusan.
Janji duit masyuk dan rating melonjak.
Maka tidak kisah perasaan mereka yang kekurangan.

Ingat, rupa paras anugerah Nya.
Mereka tidak pernah meminta, untuk dijadikan sebegitu rupa.
Tetapi mereka itu terpilih, untuk melalui jalan yang jerih.
Menghina mereka sama seperti menidakkan kejadian Nya.
Jaga-jaga.
Jangan kerana mulut puaka, jasad dimurka.

Sudah-sudah terus mengata.
Pinjamkan tangan, beban diringan.

5 comments:

sabrina.h said...

setuju entry nie...
ada sab bc komen parents kt paper,anak dia malu nk pg skolah sbb kwn2 ejek dia, nyanyi lagu halimah jongang....kesian btl,yg kena bdk2 lar...diaorg kan cpt terpengaruh...

CikLilyPutih said...

selalu kene panggil tang badak tu. tapi nak buat cam ne sabo jelah. dugaannn

p!nkerton said...

setujuuu! drg ni tak fikir kot psl benda2 tu sumer, tau nak untung aje :(
x prihatin, & dok kutuk ciptaan Allah?
kesian kan kat org2 yg terlibat, sure slalu kene ejek (tambah2 budak skolah) tumpang kesian :(

Liz Rohaizat said...

setuju. penerbit dia (ex-wife ameng kan?)ckp, tiada apa yg nak dimalukan. dia kata, sepatutnya drama dia menyedarkan orang yg jongang bahawa diorg tak perlu malu.

come on. ianya tak boleh diguna pakai dlm konteks kanak-kanak. kanak-kanak kurang berfikir. diorg selamba je kutuk-kutuk, ejek-ejek. tu baru kanak-kanak. orang dewasa pun kdg2 selamba je mengutuk.

tak semua org boleh terima gurauan.

dia lawa, so dia x penah rasa mcm mana bila paras rupa yg Tuhan cipta tu dikutuk orang.

CIK NANA said...

Sab : herm.. paling kesian tentunya kat kids. Mereka itu putih bersih. Sian tercela dengan kata nista! :(

Cik Lily : Haish, bagi Na tampar mulut org tue.. huk huk..

Pinkerton : insya allah, ada balasan untuk semua perkara.

Liz : ada dgr jugak psl her feedback tapi nonsense kan? janji, duit masuk. that's it!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...