Terbuka.
Percuma.
Semua boleh baca.
Bila-bila masa.
Dimana jua.
Bagi Na, blog ini bukan diari.
Ia cuma naskhah diri.
Tentang kisah peribadi.
Jua tentang hal pertiwi.
Na menulis tentang sarat cinta Na pada keluarga.
Pada suami dan anak juga.
Buat teman seperjuangan yang setia.
Juga umum yang membaca.
Na juga catat tentang luka di hati.
Kenapa hati terhiris sepi.
Juga cara untuk mengatasi.
Bukan menghentam penyebab perit hati.
Ini blog cerdik.
Penulisnya tinggi dididik.
Setidaknya dengan nilai murni setitik.
Moga blog kekal jadi naskhah yang cantik.
Tiada apa yang mahu disembunyi.
Kalau mahu tahu tentang Sobrina Hani.
Layari saja blog ini.
Boleh menelah tuan punya diri.
Nasihat Na, jangan sentap.
Buka minda, fikirkan dengan mantap.
Baca, kait dan cuba nilai dengan cekap.
Supaya tiada jiwa yang tertangkap.
6 flying kiss!:
la ade orang sentap ke baca blog awak, kite ok je.
ape kes? ada org x puas hati dgn blog nie ke?
dalam maksud nyer!!
to all : takde apa la kakakkku syg!
:) saja jek nak clarify yang dis is not my diary! nie cuma satu medium Na nak tulis apa2. :) that's all! :)
pandai menyusun kata ye nana.. hehe
mcm ade masalah jekk! tak pel lah.. jgn difikrkan sangat..
manusia nie ada macam2.. kalau yg ok kite pun ok.. tp kalau yg ko tu.. buat tak tahu jer la ye!..
K. Ena : saja suka. takde masalah. chill. :)
Post a Comment