Thursday, May 6, 2010

Doa buat Mama...


Terguris satu calar di hati IBU, sepanjang denai hidup akan kelabu..
Terhiris perasaan IBU, bau syurga makin menjauh..
Nauzubillahiminzalik.

Setiap saat Mama doakan Na.
Tapi kadang-kadang Na alpa.
Tapi Mama tetap doa untuk anaknya.
Kerana kasih Mama pada Na, jauh melata.

Na sayang Mama.
Lebih dari segalanya.
Semoga kita terus dirahmati Nya.
Di dunia dan akhirat sana.

Sekalung penghargaan kerana terus memantau.
Pergerakan dan amalan Na di rantau.
Kalau tidak mahu Na lalai bak disantau.
Oleh nikmat dunia yang memukau.

Terima Kasih Mama.
Untuk kasih suci yang nyata.
Ampunkan salah dan dosa Na.
Dalam sedar jua alpa.

1 comment:

Drama Mama said...

bila dah jadi mak ni, baru kita tau camna perasaan seorang ibu kan na? :-)

http://twinkywinkystars.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...