Sunday, May 9, 2010

Bunuh sana sini..

Tak puas hati = BUNUH.
Geram = BUNUH.
Kecewa = BUNUH.
Sedih = BUNUH.

Bunuh orang, bunuh diri, bunuh bayi.
Belum masuk kisah toreh atau rodok kemaluan isteri sana sini.
Ish, petanda akhir zaman makin menghampiri.
Cepat lekas kita semua muhasabah diri.

Kalau marah sangat, istighfar.
Dekatkan diri dengan Pencipta.
Betul, Na tak berada dalam 'kasut' mereka untuk rasa kepedihan hidup yang membeban.
Tapi tiada satu pun alasan di muka bumi ini yang memBENARkan kita berbunuhan tidak kira membunuh orang mahupun mencabut nyawa sendiri.
Jangan..
Fikir panjang.
Fikir keluarga.
Fikir Tuhan.

Apa masalah selesai kalau cabut nyawa?
Tidak!
Yang membunuh akan diseret ke muka pengadilan, hukumannya kalau terbukti salah tentunya hukum BUNUH.
Yang menamatkan nyawa sendiri akan meninggalkan trauma dan hiba pada keluarga.
Mereka sayangkan anda, tapi anda meremukkan hati mereka dengan pergi dengan sia-sia.

Kalau tertekan, cuba bersabar.
Banyakkan mendekati Allah SWT, luangkan masa dengan keluarga, keluar makan dengan kawan2, baca buku motivasi, surf tenet baca blog Cik Nana orang, pegi jogging kat tasik, berenang kat swimming pool..
Banyak alternatif.
Jangan membunuh!
Moga dunia menjadi lebih aman, kurang kisah berbunuhan!
Insya Allah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...