Wednesday, May 12, 2010

Apa yang tidak diketahui, tidak akan melukakan...

Tidak tahu yang DIA tidak sukakan kita = Tidak melukakan
Tidak tahu yang DIA curang = Tidak melukakan
Tidak tahu DIA badmouthing tentang kita = Tidak melukakan
Tidak tahu kita akan kehilangan DIA = Tidak melukakan hinggalah saat itu tiba


Kita tidak akan terluka tentang perkara yang tidak diketahui.
Adakah itu bermakna yang kita akan DIAM dan terus MEMBENARKAN sesuatu perkara berlaku walaupun nyata ia salah?
Hanya kerana kita berpaksikan bahawa, mereka tidak akan terluka selagi tidak tahu akan itu.
Maka, kita tidak memberitahu.
Diam
Sepi
Sunyi


Pengalaman peribadi berlaku hampir 6 tahun yang lalu.
Na punya teman, berkenalan di tempat kerja.
Sungguh, she's a great woman.
She's late 20's back then.
Lemah lembut, sopan santun.
Na namakan dia sebagai Ms A.
Dia punya pacar. 
Apa yang Na tahu, sudah lama bercinta.
Lebih dari 2 tahun dikira lama bukan?
`Sekurangnya dari persepsi Cik Nana`


Hujung minggu yang tenang, Na terjumpa dengan teman lelaki Ms A.
Na label dia sebagai Mr Z.
Tiada apa yang aneh kan?
Tapi sangat pelik sebenarnya sebab Mr Z bukan sendiri.
Ada yang menemani.
Bukan seorang, tetapi 1.5 orang.
Faham?
Seorang manusia tambah manusia kecil di dalam perut.


Sungguh, Na cuba pusing-pusing muka kerana tak mahu Mr Z nampak Na di situ.
But he did.


Balik rumah, masuk bilik, bertafakur.
How I wish I did not see anything.
:(
Ms A teman Na, dan Na nampak teman lelaki yang dicintainya berjalan dengan seorang wanita yang berbadan dua.
Apakah?


Esok di tempat kerja, Na berlagak biasa.
Sarapan dengan Ms A and tiba-tiba Ms A cakap yang Mr Z tak jadi nak jemput Ms A semalam sebab Mr Z kena balik bawak ibu pergi klinik.
???
Owh, rupanya Mr Z dengan ibunya semalam?
Make sense?


Na terus sepi.
Na made up my mind, they are deeply in LOVE.
They've been in the relationship for almost 3 years.
I chose to remain silent.
I won't say anything about what I saw.
Kerana mereka sangat bahagia.
Dan Na tidak mahu mereka berantakan gara-gara Na.
Full stop!


Enam bulan selepas kejadian hitam itu, Ms A tidak datang keja.
EL.
Cukup meresahkan Na.
Tengah hari itu, Ms A datang berjumpa Na di luar.
Ms A nampak selekeh serabut, mata sembap, tidak bermaya.


Ya, lelaki itu sudah berkahwin.
Punya seorang anak.
Bagaimana Ms A tahu?
Bukan daripada Na.
Tapi daripada officemate Mr Z yang tidak mahu Ms A terus tertipu!
At that point, Na rasa jijik dengan keputusan yang Na dah buat 6 bulan yang lalu.
Andai kata Na beranikan diri memberitahu Ms A kecurangan Mr Z, tentunya luka hati Ms A tidak separah sekarang!
I made a totally WRONG decision.
I should just tell Ms A bout that.
Sampai hari ini, Na kesal tentang itu.


Tapi hari ini : Ms A sudah bergelar ibu dan bergelar isteri kepada lelaki jujur.


Kesimpulan, andai ada sesuatu yang anda ketahui dan ternyata ia akan melukakan hati sesiapa..
Fikir dulu, andai 'kesakitan' itu memberi kebaikan kepada insan lain : GO FOR IT.
Terluka sekarang seratus kali lebih baik dari kecewa secara TOTAL kelak.

2 comments:

Liz Rohaizat said...

Kalau jadi mcm tu, mmg boleh tersepit.

Kalau diberitahu, takut kwn kita marah kita balik. Kata kita tipu, dengki, x suka tgk dia bahagia.

Kalau tak beritahu, jd la mcm yg Na dah nampak.

Saya selalunya berterus terang dgn kawan kalau ada apa-apa. Tak penah kena mcm hal nie tp kalau hal2 lain tu, ada la jugak.

Walaupun pahit, kena telan.

ousna90 said...

wah..sadis jgk cite ni..
tapi memang betol..
kadang2 org tengah hangat bercinta ni bukan boley cakap ape..
kang ade je yang kite kene balik..
Allamdulillah la kawan akak ni dah dapat mr.right dy..
Allah dah tetapkan dah..perempuan yg baik hanya utk lelaki yang baik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...