Tuesday, April 6, 2010

Rafiqin Darwisy, nama awak sangat sedap!

Siapa Rafiqin Darwisy?

Rafiqin Darwisy ialah seorang anak muda yang inginkan perhatian.
Rafiqin Darwisy merupakan seorang belia yang berani.
Rafiqin Darwisy lantang bersuara meluahkan pendapatnya.
Rafiqin Darwisy seorang pelajar sekolah menengah yang jadikan facebook sebagai ruang untuk dia di'dengar'..


Apa yang dilakukan oleh Rafiqin Darwisy?

Rafiqin Darwisy mengutuk seorang artis.
Mengutuk artis mungkin perkara biasa yang dilakukan pemerhati..
Tetapi kali ini Rafiqin Darwisy menjadi popular kerana dia telah mengutuk seorang artis yang telah kembali menemui Pencipta.
Al Fatihah buat Allahyarham Din Beramboi..
Ya, Rafiqin Darwisy dengan lantang telah menghina permergian Allahyarham Din Beramboi.


Kenapa Rafiqin Darwisy bertindak sedemikian?

Dia berpendapat yang Allahyarham terlalu 'lantang' dalam bergurau hingga banyak hati yang tersentuh.
Tak pula diberitahu kalau Rafiqin Darwisy sendiri secara peribadi telah dijadikan bahan lawak oleh Allahyarham Din Beramboi..


Kesannya terhadap Rafiqin Darwisy?

Rafiqin Darwisy menjadi satu bahan.
Masyarakat bercakap tentang Rafiqin Darwisy sama ada tentang rupa manisnya, lantang pendapatnya, celupar mulutnya malah semua orang ingin tahu tentang dia.
Rafiqin Darwisy sangat popular.
Malah jika dia punya blog sekalipun, trafficnya akan mencanak tinggi.


Kesimpulan

Rafiqin Darwisy gembira.
Kerana ramai orang mula add dia di facebook.
Tak kira tujuan add untuk mengutuk atau menyokong.
Jiwa mentah Rafiqin Darwisy kembang kuncup bila melihat 200 FRIEND REQUEST di facebook beliau. (contoh)
Rafiqin Darwisy laksana artis sekarang.
Tak payah bersusah payah melalui audition untuk menyertai Akademi Fantasia, Mentor, atau Idola Kecil..
Rafiqin Darwisy mencapai matlamatnya..


Nasihat Cik Nana

Abaikan Rafiqin Darwisy.
Jangan beri tumpuan bak artis kepada Rafiqin Darwisy dengan berduyun add dia di facebook semata-mata untuk 'mengajarnya'.
Rafiqin Darwisy hanya akan lebih teruja untuk terus mengeluarkan bait patah penghinaan bila melihat feedback yang diterima.
Budak kecil - kalau orang dewasa kata "JANGAN"...
Itulah yang akan terus dibuat..
See what I'm trying to say?

Andai benar anda mahu membantu, terus hubungi ibu bapanya/keluarganya.
Rafiqin Darwisy punya keluarga/ibu bapa.
Jangan pula kalian menghentam, "Mak bapak ko tak ajar ko jaga mulut ke..?" -contoh
Adakah ibu bapa di dunia ini yang mengajar anaknya menjadi jahat / kurang ajar?
TIDAK
Kalau adapun, ibu bapa tersebut secara tidak sedar TERajar benda yang kurang tepat kepada anaknya.
Jangan kalian menyalahkan ibu bapa Rafiqin Darwisy pula ye?
Lihat perkara ini secara telus.
Kita tidak suka Rafiqin Darwisy memperlekeh arwah Din Beramboi tetapi di sebaliknya kita pula yang memperlekeh Rafiqin Darwisy.
Sudah.
Hapuskan lime light keterlaluan terhadap Rafiqin Darwisy.
Dia akan senyap dan malu sendiri.
Owh, Na tak kenal siapa Rafiqin Darwisy..
Bukan juga saudaranya..
Cuma Na melihat perkara ini dari pelbagai sudut!

4 comments:

senioritasara said...

just heard about this.hes just a teenager kan? xbaiklah ckp2 pasal org dah xde...harap2 lama2 dia sedar...

Elyn said...

ada terbaca pasal rafiqin ni. nama sedap tapi perangai tak macam nama!! harap die sedar la sebelum sumthing terjadi...

Mrs. Amie said...

senget kan budak nie...nasib budak.. tapi dah kurang ajar.. mmm, apalah..

CIK NANA said...

Sara : aah, kalau dia x tipu info diri dia.. mmg budak kicik lagi nie.. :)

K. Elyn : aah, dia akan sedar..

Amie : senget? ekekeke.. comel jek.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...