Tuesday, April 13, 2010

Mana Bapa @ Ayah @ Daddy @ Papa @ Abi @ Walid @ Dad?

Ye la..
Kalau ada kes buang bayi, yang tertangkap/ditangkap tentunya si Ibu @ Mama @ Mummy @ Mom @ Umi..
Mana pegi penyumbang spermanya??

This is not fair!
Na tak faham, kenapa susah sangat nak tangkap lelaki yang bertanggungjawab?
Tapi kadang2 jawapan wanita yang berjaya ditangkap boleh buat orang pengsan..

1) Saya tak kenal lelaki yang membuntingkan saya.
2) Saya panggil dia John (bukan nama sebenar). Itu je saya tahu pasal dia.. Saya takde no hp dia pun..
3) Saya dirogol.. Setahun yang lalu and tak buat report.

Dan berbagai-bagai alasan lagi.
Dan selalunya wanita yang berjaya ditangkap itu terpaksa mengharungi musim bulan madu 7 tahun di penjara atau denda atau both.
Setelah dibicarakan dan disabitkan bersalah dibawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Sedih kan?
Gembira happy menyulam cinta berduaan, tapi tatkala menikmati 'hasil tuaian'..
Wanita yang derita disumbat ke penjara.
:(

Come on!
Kerajaan Malaysia atau Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat mungkin sudah boleh menerima cadangan umum untuk MEWAJIBKAN ujian DNA terhadap semua!
Semua bermaksud, warganegara, pekerja asing atau sesiapa saja yang MASUK KE NEGARA MALAYSIA!
Please............

Apakah DNA?
    DNA ialah singkatan bagDi eoxyribonucleic acid atau asid deoksiribonukliek. Semua sel dalam badan mengandungi DNA kecuali sel darah merah. DNA adalah bahan genetik asas yang terkandung dalam badan bagi setiap individu dimana separuh - Setiap individu mempunyai corak DNA yang unik kecuali pasangan kembar seiras


Dan Na yakin, kalau kerajaan/polis memiliki DNA seluruh manusia yang ada di MALAYSIA.
Pejam mata, insya Allah LELAKI durjana itu boleh ditangkap!
Na tahu dan faham, banyak perkara perlu dianalisa sebelum decide to proceed with the DNA tetapi andai ini satu-satunya jalan terakhir untuk mengurangkan/membanteras secara TOTAL, Na rasa we should go for it!

Biarlah budget melambung tinggi untuk buat DNA nie.
Tapi rasanya warga Malaysia cukup arif untuk 'mengizinkan' penggunaan wang rakyat ini.
Sebab semuanya untuk mereka...
Kita tidak boleh melatah cuma setiap kali ada bayi dalam tong sampah!
Lepas tue lalai, lena dan lupa kembali!

We have to do something!

And dengan kebanjiran warga asing yang agak keterlaluan sekarang, baiklah bertindak segera sebelum apa2 yang lebih worse terjadi.
Na rasa penguatkuasaan undang-undang perlu dipatuhi.
Supaya tak terjadi Milah masuk ke Malaysia kali pertama, kemudian pulang ke negara asal dan masuk semula untuk bekerja dengan nama Jenab, Tipah dan Mion.
Ini terjadi!
Cuba tanya maid anda, adakah namanya sama dengan nama yang tertera pada visanya??????????
T_T

Kenapa ini terjadi?
Anda punya mata untuk melihat.
Punya telinga buat mendengar.
Punya otak untuk menilai!

Hentikan sebelum parah!

2 comments:

Elyn said...

saya setujuuuuuu geram kekadang bile dgr kes camni. macam berat sebelah je!!

CIK NANA said...

K. Elyn : harap ada yang ambil berat entry nie.. Amin.. Cegah sebelum parah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...