Monday, April 12, 2010

Garisan halus antara TULUS dan TOLOL!

Ada satu pemisah halus/kecil/nipis antara dua sifat berbeda..
Kenapa Na cakap beda dan bukan beza?
Beda membawa maksud dua perkara berasingan masih punya persamaan tetapi tidak sepenuhnya.
Manakala beza bererti dua perkara itu berlainan secara total.
Maka ada lainnya dua perkataan itu..
Sila rujuk kamus dewan edisi terbaru untuk lebih info ok?

Knowing me..
I am so reserved!
Memang susah nak 'panas'..
Na lebih suka membisu dari melulu..
Na lebih betah menilai dari terburai..
Na lebih gemar mendengar dari cakap berdegar..

Tapi hidup sudah berubah.
Kalau senyap tertinggal di belakang.
Kalau diam tersembam jatuh..
Haish..

Ini sifat sedari kecil.
Mana mungkin berubah dalam sehari..
:(

Terima kasih kepada suami.
Sangat memahami.
Juga Puan Zalilah dan En Ahmad Tajuddin Bukhari.
Saya akan yakin diri..

Na akan cuba berubah sedikit demi sedikit.
Tak boleh drastik, takut2 kalau terkena heart attack!
Hey mulut!
Tolonglah ringan sedikit.
Jangan berat diam membisu.

Hey hati, tabahlah.
Kamu boleh buat.
Cuma tenang diri dan chill sedikit.
Orang semua makan nasi.
Tak ada yang makan flesh!

Dan hey, kenapa Na letak topic lain macam?
Herm, zaman sekarang..
Bahaya kalau kita terlalu TULUS, bimbang tergelincir ke laluan TOLOL!
Bukan toyol tau, tapi tolol.

Shhhh..
Yang tahu akan tahu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...