Thursday, April 22, 2010

Mereka yang BUSUK atau kita yang BODOH?

Na teringat suatu kejadian yang berlaku masa I studied in UiTM Arau, Perlis.
I was 22 back then.
Nak gi kuliah kena jalan kaki..
Jauhhhhhhhh...

Tapi bukan kisah jauhnya lecture hall dr hostel yang Na nak share kat sini..
Na tak tahu kenapa tadi pagi Na teringat kisah tue.
Rasa macam sedih pulak.

Hish..
Ada satu pagi tue waktu Na and the gang tengah jalan kaki nak gi kuliah, ada satu lori sampah lalu.
So ada kawan Na yang tutup hidung, ada 2 orang siap lari jauh2 gi bawah pokok..
Sebab?
Lori sampah kan bawa bahan buangan, of course la bau dia kurang menyenangkan.
Tipulah kalau kata tak busuk.
Na sendiri pun tundukkan kepala sambil tahan nafas.

Tapi apa yang buat Na terkedu ialah sinar mata daripada salah seorang pekerja yang berdiri betul-betul boleh juga Na kata terus melekat pada lori sampah tue..
Mata lelaki separuh usia itu tertancap tepat pada mata Na.
Na agak usianya mungkin 40 an tetapi dia kelihatan lebih tua dari usia lantaran jerih hidup, mungkin.
Na rasa matanya merenung sayu pada Na.

Anda bayangkan, di saat Na tunduk tahan nafas, B tutup hidung dengan tangan dan C & D lari jauh2 bawah pokok, lelaki itu tega memaut lori sampah seperti tiada apa-apa.
Apa agaknya ada difikiran dia waktu anak-anak muda seolah-olah menghina pekerjaan dia?
Subhanallah.
Na ingat lagi, Na rasa sangat berdosa.
Sangat bersalah kerana menunduk muka konon taknak bagi sampah dibawa angin kena muka dan menahan nafas lantaran tak mahu menyedut udara tercemar itu.
Sungguh, Na rasa insaf.
Pekerjaan itu tidak hina.
Malah mulia.
Tidak haram.
:(
Kalau bukan mereka yang membersihkan bahan buangan KITA, tentunya dunia akan tenggelam.
:(

Kenapa Na dan kawan-kawan sanggup bertindak sedemikian?
Ya tuhan..
Na terus menangis, di situ.
Di tepi jalan.
Saat itu.
Na rasa macam nak kejar lori sampah tue dan mintak maaf kat Pakcik tue.
:(
:(
NANA JAHAT!!!!
:(

Dan sampai sekarang.
Na tidak pernah memberi reaksi kurang senang terhadap pekerjaan sesiapa pun.
Tidak pernah.

Terima kasih kepada lelaki separuh usia yang menyedarkan Na.
Dengan hanya pandangan sayu itu.
~Sedih~
It was hurt!

Harap semua readers akan ambil pedoman.
Kita semua manusia di bumi ALLAH SWT.
Semua menumpang.
Kita saling bergantung.
Tidak boleh hidup seorang.
Sila fikirkan sekarang.

Dan Saif, Mama tak mahu Saif buat benda bodoh yang pernah Mama buat 5 tahun yang lalu!

4 comments:

JJay said...

sebab tu kjj sayang kat nana..
nana ni baik ati..
:)

genny said...

amboi jj dan2 sayang hehehehe...

ha jangan le dipandang hina walo apa pun pekerjaan org tu..cuma yg takleh nk simpati sangat dkt peminta sedekah skang ni...taktau beza mana betul2 mintak sedekah yg mana yg fake

CIK NANA said...

Kak JJ : terima kasih kerana menyayangi Nana.. kui kui.. :)

Kak Genny : Kak JJ memang syg Nana! Dari dulu lagi kan? :) betul2, part peminta sedekah tue rimas sket.

Tapi Nana choose to bagi kalau rasa nak bagi and diam kalau rasa taknak. :)

Amalina Hanisah said...

Nice one na!!! :) such an eye opener!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...