Monday, March 1, 2010

Syafiah Humairah Saari


Al Fatihah buat arwah adik Syafiah..
Moga tenang dan aman rohnya arwah..
Yang kekal hidup janganlah melenting marah..
Api yang marak jangan ditambah..

Manusia punya akal fikiran..
Aplikasikan bila hidup berjiran..
Anakku anakmu kita realisasikan..
Jangan hidup tidak berteman..

Andai ada yang tidak kena..
Cubalah kita cari puncanya..
Betulkan situasi yang caca merba..
Agar keharmonian kekal terjaga..

Anak itu menangis hiba..
Tubuh berbirat kesan didera..
Wahai keluarga bukalah mata..
Jangan tuli dek rasa percaya..

Ibunya arwah cukup sengsara..
Suami pula dalam penjara..
Cinta itu memanglah buta..
Cubalah rujuk Iman di dada..

Wahai encik pembawa teksi..
Anak kecil dipukul mati..
Ganja bersarang di dalam diri..
Mungkinkah itu penyebab tragedi..

Anak kecil yang sedang derita..
Kalian tidak sendiri menanggung duka..
Masyarakat kini membuka jiwa..
Untuk membantu apa terdaya..

Talian NUR 15999
* Talian tetap untuk dihubungi jika berlaku sebarang penderaan, pergaduhan suami isteri dan sebagainya..

Ayuh bingkas bangun berganding bahu..
Usah terus lena usai kisah ini berlalu..

~Al Fatihah buat arwah Syafiah Humairah Saari~

3 comments:

ezan said...

AL FATIHAH buat arwah adik syafiyah.. :(

Ena said...

Moga arwah adik humaira nie tenang di sana.. al-fatihah

CIK NANA said...

AL Fatihah.. Arwah tentunya sedang bahagia dengan Pencipta... Amin.. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...