Wednesday, March 3, 2010

Sucikah MAKANAN kita?

Halal
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

Produk Makanan dan Minuman
Produk makanan dan minuman bermaksud barang-barang yang dibuat atau dihasilkan atau hasil atau penghasilan atau pengeluaran yang melibatkan makanan dan minuman.

Barangan Gunaan
Barangan Gunaan bermaksud barang-barang bukan makanan dan minuman, seperti kosmetik, pakaian dan peralatan.


Premis Makanan
Premis Makanan bermaksud bangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan makanan dan minuman termasuk restoran, medan selera, dapur komersial, kafetaria, kedai kek dan pastri, restoran makanan segera, kantin, restoran, kelab/hotel, kiosk, katerer dan lain-lain.

Rumah Sembelih
Rumah sembelih bermaksud tempat atau premis untuk menyembelih dan/atau memproses binatang .


Logo Halal

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
Logo Halal Malaysia:
a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
c) diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Sentap bila baca e mail yang baru Na received..:(

Rasanya Na berada di negara Islam..
Negara yang majoritinya adalah penganut agama suci..
Mohon pihak berkuasa bertegas tentang isu HALAL dan HARAM..
Apa yang dimakan akan menjadi darah dan daging..
Kalau suci puncanya, maka indahlah sifat manusia..
Andai haram isinya, maka hilanglah perkemanusiaan..
Harap ambil berat tentang ini!
Dan pengguna (termasuk Na sekeluarga)..
Kita harus check in details segala makanan..
Tengok ingredientnya..
Jika was was, dapatkan pengesahan dari laman web INI..
Na kongsi beberapa pengesahan yang sungguh mengejutkan..
Harap semua umat Islam bingkas bertindak!

OLD TOWN WHITE COFFEE HOUSE?


APPETON?


J CO DONUT & BIG APPLE?


Semua nie Na ambil dari website JAKIM..
Sila inform me kalau salah..
And kalau tengok tarikh aduan ada yang 2004/2005, so maybe ada yang dah dpt sijil HALAL..
Yang baik datangnya dari Allah SWT..
Dan yang buruk tentunya dari diri Na sendiri!

2 comments:

Ena said...

Gd Info la.. Thanks 4 sharing.. :)

ezan said...

thanks for sharing.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...