Friday, January 1, 2010

WARKAH NUKILAN IBU..



Tiba-tiba, pada hari pertama, bulan pertama tahun yang baru nie -2010-..
Na jadi sayu..
Sayu, pilu, hiba dan sendu..

It's bcoz of above pix..
Taken last few weeks..
Tahun 2009, Na lahirkan buah hati pengarang jantung Na dan hubby.
Sungguh, we're so blessed and happy with the precious gift from God..

Saif Rizq nama diberi..
Membawa erti, PEDANG/PUNCA REZEKI..
Na kasihi Saif sepenuh hati..
Saif diberi layanan dan didikan terbaik..

Tapi hari nie Na tiba2 sebak..
Andai kata suatu hari nanti, di masa depan..
Saif, anak yang dimanja, dikasihi, dibelai ini membelakangkan Na sebagai ibu yang melahirkannya kerana sesuatu perkara...
Nauzubillah..
Mintak simpang perkara itu terjadi..
Bukan hanya pada Na tapi kepada semua ibu dan bapa di luar sana..

Semoga Saif tetap mengutamakan apa yang sepatutnya dalam hidup..
Mungkin nanti Saif sudah beristeri, punya keluarga sendiri..
Tapi ingat siapa yang melahirkan Saif kalau bukan Mama?
Siapa yang bekerja mencari rezeki membesarkan Saif kalau bukan Papa?
Semoga Saif bijak mencatur hidup..
Tidak alpa dan ralat memilih intan dan kaca dalam hidup Saif..

Saif sayang,
Mama sayangkan Saif..
Walau apapun yang Mama/Papa buat..
Itu semua kerna Mama dan Papa mahukan yang terbaik untuk Saif..
Marahnya Mama kerana sayang...
Tegurnya Mama kerana kasih...

Mama doakan anak Mama tetap di laluan yang betul..
Kalau tersadung jatuh, bingkaslah bangun sayang..
Dan teruskan perjalanan..
Jangan salahkan batu andai sayang yang tidak berhati-hati...

Saif buah hati Mama...
Andai suatu hari nanti Saif membaca 'warkah' ini..
Saif akan tahu betapa besarnya cinta, kasih dan sayang Mama dan Papa pada Saif..
Takkan ada apapon yang dapat menukar perasaan Mama...
Sungguh..
Saif mungkin takkan mengerti limpahan kasih dan sayang kami hinggalah Saif punya anak sendiri..
Tatkala itu barulah Saif 'rasa' betapa indahnya perasaan ini..
Mengasihi darah daging sendiri...
Yang dilahirkan atas nama cinta dan restu Ilahi..

Saif cinta hati Mama...
Andai Saif cuba untuk berbuat tidak baik kepada Mama, harap Saif lupakan saja...
Sekali bercalar hati insan bergelar IBU, sepanjang denai hidup Saif tidak akan berbau syurga sayang..

Tapi...
Mama dengan redha mengampunkan semua salah Saif...
Kerna tiada ibu di dunia ini yang mahu anaknya 'jauh' dari barakah...
Semua khilaf si anak hatta menghancurkan hati ibu sekalipun dipandang sepi..
Agar hidup anak dalam redha Ilahi..

Saif pembawa bahagia,
Ingat semua pesan Mama nie..
Berbaktilah pada ibu dan bapa selagi hayat dikandung badan..
Apabila terpisah nyawa dan jasad..
Airmata darah sekalipon takkan mengubah apa2...

Mama dan Papa sayang Saif sepenuh hati..
(",)

4 comments:

~ SueHarriz ~ said...

cm sedih lak entry u ni. esp part mmbelakangkan ibu tu. mintak simpang!! xnaaakkkkk!! huaaaa

Ena said...

alahai.. cam sedeyh pulak n3 nie.. Salam tahun baru.. :)

Amalina Hanisah said...

awwww! bestnye jadi anak na! hehehehe... memang sayu n sebak! happy 2010 na.. :)

CIK NANA said...

Sue : *nangis* lg Na baca 'warkah' nie.. :(

Kak Ena : Salam tahun baru utk Akak jugak..

Amal : Meh, ada kosong lg nie nak jadik anak angkat Na?? :) So do u Amal, hepi new year!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...