Saturday, October 31, 2009

~CONTEST SENYUMAN CERIA SI COMEL~

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.



Hadiah yang ditawarkan adalah:

Pemenang Utama x 1 org:


Outdoor fotografi selama 1 jam
~unlimited shots~
~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~


******************

Pemenang sampingan x 2 org:


Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50

Ok, Na love both prizes...
Na rasa nie contest yg ramai sgt participate sebab the PRIZE...
Oh oh, siapa yang nak bagi FREE PHOTOSHOOT oi??
Siap ngan sticky album lagik??

And the rules are so simple..
Tak perlu pening2 fikir apa...
Cuma uploadkan several pics of my baby...
Yang sedang SENYUM, SENGIH, HEPI, CUMEL, dan CERIA...

So guys, boleh lagi join nie...
Ramai2 serbu SMILEYKIDZ and leave your link there...
Insya Allah...
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam..
Untung Na, hubby and bb saif kalau berjaya menambat hati juri...
*peace to juri*

Hari nie 30th Oct 2009, so u all ade lagi beberapa jam  utk chip in this contest!
Sebab contest nie berlangsung dari...


15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.
Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.

Cara2 penyertaan?

Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda `DONE`

Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini `DONE`

Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda `DONE`

Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai. `DONE`

Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya. `DONE`

Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ . `DONE`
AMARAN: no link back will be disqualified

Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini. `DONE`

Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:
Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:

Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.

Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.

Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.

Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!


Enuff said, Na introduce bayi dalam gambar nie...


ANAKANDA NA DIBERI NAMA :
SAIF RIZQ BIN SHAHRUL ZAIRI


DILAHIRKAN KE DUNIA PADA :
20 FEBRUARI 2009


SEKARANG MENCECAH USIA :
8 BULAN, 1 MINGGU dan 4 HARI



 (",)

(",)

(",)

(",)

(",)

(",)

(",)

(",)

(",)

(",)

(",)


~THE END~

Thursday, October 29, 2009

CERI@ R@Y@ CIK N@N@.. (",)

Alamak, macam dah terlambat sbb skang dah masuk bulan Zulkaedah..
Tapi better late than never...
(",)

Tahun nie Na raya kat BAGAN SERAI (umah my in laws)..
1st time raya ngan mertua ooo...
Aiyak, nasib baik Mak tak suh Hani masak rendang..
Heheh, Mak suh Hani tolong kacau jek..
(",)
Lagi best sbb 1st time raya ngan BB Saif...
Sweet family of us : PAPA, MAMA, and bb SAIF!
Lovely!

Apapon, bb Saif kena breakfast dulu...
Nganga mulut syg...

*Pose*

~SELAMAT HARI RAYA~
Lovely family of mine!

bb Saif, look at camera la syg...

With my in laws..
Tak semua nie..
Tunggu nak carik pics..

There she is, my MIL.

Kak Chaq's family

Kak Cik's family

Kak Ti's family

2nd day Raya
Near to complete family members but Kak Chaq and Adik are not in..

That's all for AIDILFITRI 2009
20/09/09-21/09/09
:P

RINDU SAMA DIA...

(",)

:P

:)


~BE A GOOD BOY SAYANG~

Tuesday, October 27, 2009

HALWA MATA : YUMMY....

*teaser*
Siapakah budak yang separuh bugel dicelah2 bola ini??
:P
:P
It's my boy...
BB SAIF RIZQ
(",)





To Aunty Diana, silalah tengok pose2 istimewa dari bb Saif nie k??
Sexy lak tue...
:)





Papa bought a lot of balls for bb Saif..
Yea...





Enjoy yek bb Saif??
Jangan jelir2 sayang..
Not good...





"I can see Papa...!!"





"Pa, come n join me play.."





"Pa, I said come inside la.. Not like dis..."





*Sayang bb saif, sayang Papa...*
*Sayang semua*
:)

Monday, October 26, 2009

TABIK SPRING dan HARTA YANG BARAKAH

Sila jenguk2 kalau free ya...

Kadang2, kita rasa macam apasal la duit nie tak lekat...
Masuk sikit ke banyak ke..
Keluarnya laju jek....

Dulu waktu study, Na berangan...
"Kalau la gaji Na RM 1000, sure tak abih pakai... Macam2 boleh beli.."
Dan skang...
RM 1k ke RM 10k ke...
Still mcm tak cukup..

Ops, bukan Na tak bersyukur..
Cuma berfikir kenapa macam tak lekat duit tue..
I'm not a big spender..
And not addicted to designer's bank (hubby should be proud of me).. ;P
Clothes pon biasa jek..
Mydin jalan...
Pasar malam also can...
(",)

Langit tak selalunya cerah..
So kena slalu berjimat cermat...
Na respect my colleague in term of financial management nie..
Let me address him as MR E..
He's an exec, late 30's, married with 2 kids..

Fuh, biasa jek dia nie..
Dressing simple and smart..
Pakai national car thn 90's... (dh abih bayar for sure)..
Sempoi jek, walaupon org kata dia kedekut tanak tukar keta... :P
Hari tue sembang2 santai psl savings/investment ngan MR E..
Terkeluar lah cerita yang he OWNS 100 ekor kambing..
Saya ulangi..
100 ekor kambing ok???
(akan bertambah biak sbb byk betina yg bunting)..

Belum masuk savings dlm ASB, unit trust and so on...
Fuh, memang bagus..
I like dat..
Tapi MR E takde la kedekut...
Selalu belanja gak colleagues...

Macam mana nak jadik mcm dia ek??
*think*
(",)

En Bangcik,
If u read dis, can I tumpang lembu tino kat u??
Leh ar Bgcik???
Tggu kcik kaya sket k??
I'll buy cows.....
Yea...

MANUSIA memang mencari keberkatan. Kerana keberkatan memberikan kepuasan. Kepuasan pada hati sehingga mententeramkan jiwa, melegakan emosi dan menenangkan minda. Tanpa keberkatan, maka manusia tidak merasa lega dan puas. Bak mereguk air laut kala dahaga, makin diminum makin haus jadinya.




Allah SWT menyatakan yang bermaksud:
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (al-Baqarah: 155 – 157)



Betapa bertuahnya orang Islam, kerana Allah SWT telah memberikan suatu cara bagi mendapat berkat pada harta. Bahkan, ia membuka jalan keberkatan pada hidup dan keluarga. Itulah namanya sedekah, infak dan zakat. Berkat pada zakat misalnya, amat besar kesannya.



Ia bisa menatijahkan kesejahteraan yang berpanjangan walau di mana sahaja kita berada.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya harta itu manis lagi menawan. Sesiapa yang mengambilnya dengan cara yang benar, diberkati padanya,” (Sebahagian hadis Riwayat Ahmad)



Berkat pada zakat ibarat baja pada pokok. Fungsi baja menyuburkan pokok, agar pokok yang ditanam hidup subur, tegak menjulang ke langit dan akarnya kuat mencengkam bumi. Dahannya kukuh dan rantingnya tidak rapuh. Daunnya subur hijau merimbun dan meneduhkan. Paling akhir, pokok itu akan berbunga dan berbuah lebat, masak meranum dan mengenyangkan ramai orang.



Maka, demikianlah fungsi zakat pada harta manusia. Zakat memberikan kesuburan kepada harta. Kesuburan dalam bentuk yang tidak nampak lahiriahnya, namun ditandai dengan pelbagai perkara. Harta kita tidak cepat rosak, tahan bertahun lamanya diguna. Ia juga memberikan manfaat kepada ramai orang.



Harta-harta kita juga terselamat daripada nafsu rakus manusia, tidak dicuri dan disamun. Bahkan harta itu juga dapat membawa kita kepada jalan mendekati Allah SWT; bukan sebaliknya. Rasulullah SAW pernah memperihalkan harta dan keberkatannya.

Kata nabi:
“Kawallah keselamatan harta benda kamu dengan benteng- benteng zakat”. (riwayat Abu Daud)



Terdapat beberapa kaedah yang tepat untuk beroleh berkat pada harta, iaitu :



1) Memastikan harta yang diperoleh itu menerusi jalan yang halal lagi berkat. Ini kerana jika jalannya halal namun tidak menjaga syariat yang lain, misalnya sengaja membuka aurat atau meninggalkan solat, maka rezeki itu halal tetapi tidak berkat.



Firman Allah SWT yang bermaksud:
Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. (al-Baqarah: 168)




2)Memastikan amanah harta ditunaikan secara sepatutnya. Amanah harta antara lain ialah menyalurkannya kepada tanggungan kita yang berhak, misalnya kepada ibu bapa dan anak isteri. Amanah harta juga ialah memastikan ia tidak disalah guna, misalnya dibelanjakan ke meja judi atau membeli keseronokan duniawi semata-mata. Infak, zakat dan sedekah juga adalah amanah harta.



Firman Allah SWT yang bermaksud:
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (ali-’Imran: 92)



3)Menunaikan hak yang wujud pada harta dengan ikhlas tanpa riak dan sombong. Ini kerana, Allah SWT amat membenci golongan yang memberi tetapi hatinya diselaputi rasa sombong, perasaannya penuh riak dan mengharapkan pujian daripada orang.



Firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. (an-Nisa’: 36)



Sudah jelas kepada kita, bahawa Islam mendidik kita agar berhemah dalam kehidupan. Anjuran Islam sama ada supaya kita suka berderma, bersedekah, berinfak dan berzakat, hakikatnya adalah demi kebaikan kita kembali. Ini kerana, itu adalah jalan menuju kesejahteraan hakiki.



Firman Allah SWT yang bermaksud:
Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. (al-Lail: 5 – 7)



Maka, terpulanglah kepada kita cara untuk mengambil keberkatan itu. Petunjuk sudah di hadapan, tinggal kaki melangkah membuat pilihan. Wallahua’lam.



PERFECT GET-A-WAY : PART 1

DAY 1ST-MELAKA


Arrived at hotel, D'VILLAGE around 1 pm...
BB Saif rasmi dulu katil da...




Lps solat jama', trus kluar ke Bandaraya Melaka...





Fuh, panas sgt kat Melaka...
Berpeluh2 kitorg..
Kena parking kat car park yg disediakan..
Then jalan kaki ke jam besar..







Nie muzium..
Ala2 kapal yang digunakan Parameswara waktu sampai kat Melaka..
Masuk RM 3 jek utk tiga muzium...
(",)





A FAMOSA...




Ok, dah 2 hari x leh upload pics...
Nie je la dulu..
:)

Saturday, October 24, 2009

MISTERI

Masa Na kat PD...
Bangun pagi Rabu tue, Na tengok ada satu missed call..
010 3655721
Pukul 2.23 pagi tau..
Adoi, cuak Na..
Sapa plak kol pepagi buta nie...

The next day lak, my hubby had a missed call from the same no...
Pukul 5.35 pagi...
Then my hubby try call, x dpt or masuk voice mall...

And bila Na kol, somebody pick up the phone tapi x ckp apa2...
Lari.......
Na takut!
:)

Dulu waktu single-mingle, Na berani sangat..
Leh stay up study pagi2 buta kat U..

Leh nengok cite antu tanpa kenyit2 mata...

Tapi sejak Na pregnant anakanda kesayanganku bb saif tue...
Na jadik penakut sangat!
Nape la jadik mcm nie..

Back to the topic, kalau no tue actually no my fwens (should be our fwens la kan sbb she/he called both of us), ampun maaf dipinta sbb tak jwb kol tue..
Tapi kan Na dah called u back, nape tak jwb..
Ah, tanak la ckp..
Takut!

Friday, October 23, 2009

ZIKIR TAUBAT dan RODA KEHIDUPAN...







Doa Taubat - Madrasah Aljunied Al-Islamiah

Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi. Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi

Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi. Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi

Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar........

Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar........

Teringat when I was in secondary school (Sek Men Sains Tuanku Syed Putra)...
Setiap kali lepas solat jemaah kat surau tingkat 4, memang zikir nie akan dilaungkan satu nada oleh smua students...
(",)
Sangat tenang dan mendamaikan..
I miss my school time..
I miss dat so much!

Tapi life has to go on..
I've graduated from UiTM, working in Maybank, blisfully married and blessed with a son..
Na harus tempuhi smua tue...

Ada yang lompong di sana sini...
Tapi Na sentiasa ingat..
Life is just like a WHEEL..
Kadang2 kita gah tersenyum di atas..
Dan pada masa lain kita sedu tersungkur di bawah...
Memang itu perjanjian hidup...

Tatkala ini, Na buntu memikirkan sesuatu...
Kenapa dan mengapa itu berlaku...
Tapi Na tidak mahu meminta pada manusia...
Na tega berdoa pada Allah SWT..
Mohon ditunjukkan kebenaran..
Pasrah dilorongkan kebaikan...
Agar yang terang makin jelas..


Amin dan Insya Allah
HE knows best! 

p/s : this is for me.. if u interested, can share together.

AMARAH YANG MARAH

Hello, I'm back!!
Oh, best sggh HONEysunMOON Na..
(",)

Refer to the abv mentioned topic...
While I was at Maybank's bungalow at PD, I watched BERSAMA DATO' DR HAJI FADZILLAH KAMSAH..
Walaupon sedang bercuti, mindaku terus bekerja...
Berfikir dan apa yg dikatakan oleh dato' is sooooo true..

He mentioned dat MANUSIA NORMAL sepatutnya MARAH selama 4 minit dan 30 saat SAHAJA...
Bila kita tidak boleh atau tidak mahu me-nyah-kan rasa MARAH itu dr dalam diri kita, maka MARAH itu akan bertukar menjadi DENDAM...
DENDAM dan MARAH berpanjangan itu akan menggelapkan HATI kita...
Bila HATI mulai kelam, kotorlah hidup kita..
Buruklah perilaku kita..
Natijahnya, terjadilah perbuatan2 sumbang yang tidak sepatutnya kita lakukan...

It is true...
I believe it 110%..

Dan dengan kewarasan yang ada pada Na..
Na mahukan blog ini menjadi medium yang CERDIK...
Yang hanya mengandungi coretan hidup Na dan tips berguna utk manusia sejagat!
Na tak mahu blog ini dikaburi dengan perasaan MARAH yang bisa menggelapkan jiwa...

Dan knowing me...
Na tidak pernah MARAH melebihi satu hari (to be specific, not more dan ONE HOUR)..
Heheh, ini betul2...
Bukan main2...
U can ask my family and friends...
(",)

Kerna Na percaya..
MEMAAFKAN ialah suatu perbuatan yang menenangkan...
Bila kita marah, kita akan cakap, tulis, fikir yang bukan2....
Tanpa menyedari yang percakapan, tulisan, fikiran kita mungkin menyakiti hati orang lain..
Yes, memang kita marah akan si polan..
Tapi bila kita said something and si polan tersinggung ngan kita..

NATIJAHNYA...
1) kita telah membuat dosa yakni menyakiti hatinya.
2) kemungkinan si polan membalas dan kita akan rasa marah (again?)
3) kita telah menciptakan jarak or jurang antara 2 hati..

Jadi, adalah lebih baik kita cuba memaafkan org..
And bear in mind dat there's must be a reason why this...
Kalau mentally strong, leh try FORGIVE AND FORGET!
Dat's what my hubby always advise me...
U guys should try it...

Berfikir sepuluh kali sebelum buat sesuatu...
Dan kena selalu ingat, He watches us...
ALL DAY LONG...


Friday, October 16, 2009

JANGAN BUAT BEGINI YE KAWAN2.. POOR TO THE REAL MUM!

Semalam, lepas sidai baju + basuh pinggan + iron baju (some other haus chores)..
Na pon tercongok dpn laptop baca recent updates some fwens...
And sket terlopong + seram sejuk + meremang + takut bila baca rini's blog...
She wrote about dis one PSYCHO lady..
Yang entah dr mana dpt idea to publish other mummy's adorable daughter as hers....????

Jom kita tgk blog si psycho tue ek...

Eeii, seram plak Na bila tingat benda nie...
Last week baru Na baca entry pasal copy2 nie at my SIL's blog...
Nape ada org buat macam nie..
Blog kan untuk kita cerita pasal our OWN life??
Kalau kebetulan topics lebih kurang sama, it's acceptable la kan...
tapi nie, sama sebijik2...
Apa kes??

Tak baik tau....
Ok, back to the PSYCHO lady...
Na kesian sangat dengan MAYA's true MUMMY...

 Kalau Na jadik jurra..
Na nangis!!
:(
Tapi I'm proud with jurra coz she lodge a report to MCMC...
Serve u right wahai PSYCHO lady...
(Even me is not sure how to charge dat lady)
Come on mummy jurra...
Be strong and let ALLAH SWT yg menghakimi dat lady..
Amin....

Tapi dat lady is sooooooo berani...
Ada ka patut she entered a bb contest using bb Maya's pics...

Check it out at :

And the worst part is she WON d contest..
Na sama skali tidak menyalahkan pengajur sbb how will she know dat lady is a PSYCHO yg amik gamba bb org lain and claims as hers???

Dan dat lady SUDAH PON COLLECT hadiah from penganjur...
Aduh...
Sgt berani mati ini pompuan....

Ok, what I learned is...

* Buat watermark kat pics yg uploaded at our blog... (kalau boleh, kat muka) :P

* Jangan dedahkan lokasi + pekerjaan + too much details bout us...

* Rajin2 jengah blog others utk mengetahui berita terkini.. (is dat count?) :)

And what makes me PROUD is all mummies outside there are sooooooooooo concern and keep supporting jurra (the realy mummy of bb MAYA)...
Oh, all mummies are rock!
(",)

Thursday, October 15, 2009

BB S@IF KE ~ISTANA~




Yeah, me + Papa bring bb Saif to KOI CASTLE...
Playground la...
Heheheh...



Nape muka sayang mcm tue??
Siap nmpk perut lagi...
:P



Sampai dan mula la Papa bwk bb Saif main everythings..
Enjoy d pics... (as i do)







Pastu bb Saif dah jeling ke somewhere else...
So, we bring him there...



He loves it...
Look at dat HUGE SMILE...





Makin lama, bb Saif makin ke depan...
Nak main air la tue...
:)





Kaki tembam!



Oh, finally...
Mama and bb Saif...
Almost 30 mins ++ there, kitorg pon chow...
On d way balik, terserempak la ngan....
"
"
"
"



(",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...