Saturday, January 31, 2009

MY B@BY KICKS A LOT...

pregnancy cartoon
Perut Na senget2 gara-gara tendangan dan pergerakan si cilik dlm tue.. Heheh, mcm kelakar pon ade sebab sometimes baju yang Na pakai terangkat-angkat bila baby moving... So sweet... And now, at 35 wiks the baby moves a LOT.. When I say a LOT, it means something like REPEATABLE or NON STOP... Oh cayang bucuk Mama tue, sakit perut Mama but I really enjoy this pregnancy moment...

Walaupon perutku bulat + muka Na sembab + tangan dan jari tembam dan many things yang berubah.. I like this GIFT from God... Special utk WARKAHBUATBULAN's readers, I publish photo of me @ 24 wiks or 6 months ++... Never revealed before.. keh keh keh, tgk muka Na yang sembab tue... And of course my big tummy... :)




This is such a wondeful experience... Skang, slalunya my tummy will mengeras...... Contraction I think as the time has come...


BISIK BULAN : HARGAI SETIAP DETIK INDAH YANG MUNGKIN TIDAK DAPAT DIRASAI SEMUA HAMBA NYA..


30 J@NU@RY 2009, I TURN TO 26th..


MySpace Graphics & MySpace Layouts


Alhamdulillah, dengan izin Ilahi.. Na masih berpeluang untuk bernafas pada usia 26 tahun pada 30 JANUARI 2009.. Syukur.. Yeah, I'm 26th this year. The best part is I'm carryin a little angle inside my womb and happily living my life with beloved hubby... And still, always being supported by lovely family : mine and in laws... So, I'm blessed!!



Hadiah ape yang Na dapat?? Herm, my bucuk admit dat he's not romantic and look at his photo below mungkin membenarkan that fact kan?? Hehe, sikat rambut tepi ye cayang??


Tapi sbenarnye he's kinda romantic for me.. Yeah, pandai gak buat surprise.. Bagi kad... Ok la tue... And for my current birthday, he sent me 26 kuntum bunga mawar merah.. Err, ok what?? I love him so much!! Tq cayang...





Nampak tak his wish there?? Heheh, pendek, padat dan tepat kot for him...


Tak kisah la, yang pasti I'm sooooo happy receive the flower eventhough I'm on MC yesterday and sakit kepala all day long... The flowers make me smile selebar-lebarnye.... Apapon, I wanna say.... TQ so much sayang.... Sempat lagi he snap my photo wif flower... Look at my pale face... So tired and sakit kepala....



Mlm tu spatutnye we wanna enjoy my favorite steak "kampung" kat Ampang tapi Na still not dat fit to pegi jauh2.. Takut I fall sick again.. So we decided to eat @ SECRET RECIPE Puchong only.. 10 mins from my haus... Masuk je ok la, tak rmi org.. Na dok atas kusyen.. Heheh, ngada2... Grilled black pepper chicken & rice + chocolate ice blended for me and fish & chips + ice lemon tea (air org tua.. kui kui kui) for hubby..


Tengok tangan GEBU tue.. Heheh, anak sapa yang tembam nie... Hehehe, I finally makan after my nasi lemak for breakfast.. Tak selera nak mkn tgh hari td.. Ni dah ngan hubby, lalu le......


And there goes tangan hubby tgh meratah fish & chips ye.. Smbl minum air org tua... Heheh...



After makan sampai licin, my hubby dah ngantuk... And so do I.. Kitorg balik umah trus.. And after a day of birthday celebration, I want to thanks my HUBBY especially, my family and not to forget my friends yang wish me through all channels ie: sms, e mail, phone call, mms, friendster, facebook.. Tq so much for the thought...

And to my dearest bucuk cayang Abang, I wanna u to know that I FALL IN LOVE WITH YOU ALL OVER AGAIN EVERY TIME I LOOK INTO YOUR EYES.. THANKS FOR BEING THERE BESIDES ME ALL THIS WHILE.... YOU ARE MY EVERYTHING... I LOVE YOU SOOOOOOOOOO MUCH!!





BISIK BULAN : YOU WILL NEVER KNOW HOW YOU MISS SOMETHING UNTIL YOU LOST IT.. APPRECIATES WHATEVER SURROUNDING YOU SPECIALLY THE LOVED ONES...

Friday, January 30, 2009

SEH@RI@N YG MEMEN@TK@N..

Herm, this is a very last minute job.. Tapi nak buat mcm mana.. Sudah terhantuk br terngadah.. But Bapak always said this to me, "t's better late than never.." So, I applied leave on 29th Jan 09 and luckily MR F allowed me to go off for one day.. Made an appointment with Klinik Kesihatan Puchong @ 8.00 am.. Semalaman tido tak lena, takut pon ade. Takut kena marah sbb dh almost 9 mons baru nak bukak "buku merah" kat klinik kerajaan. Waktu kol nak buat appointment pon dh kena sound baik punye... Hehe, tapi takpe la.. Dia suh bwk...

1) Surat nikah

2) Bil elektik / air alamat umah Puchong
3) Photostat IC hubby
4) Kad check up KPMC

Mcm nak bukak buku akaun bank lak dia punye requirement.. Heheh, so pukul 7.30 am Na dah terpacak kat klinik tue and guess what?? Parking dh penuh and org sgt sgt sgt sgt sgt la ramainye mcm ade rumah terbuka... I'm stunning!! Mak aih, mcm mana nie... Masuk la Na ke kaunter pendaftaran, nurse dia kerek ya amat ya tuhan... Tensen2.. Letak IC then tggu dpt nombor... Na dapat no 5051.. Tgk la no tue... I simpan lagi tau!!!



Nurse suh Na trus masuk bilik 22. Kat luar bilik
tue tulis " BILIK TEMUDUGA IBU HAMIL + MGTT + BLOOD TEST". Heheh, dah lame since my last interview on 2007, takkan nak kena unterview lagi kot.. Na duduk dlm bilik tu utk ditemuduga + amik darah for HIV test about 2 hours. Can u imagine how my hubby stays outside the room reading all columns in the newspapers... Kui kui kui.. Cian bucuk2 cayang tue.. Pas siap amik darah then dpt result HIV test tue- one line means NON REACTIVE. Even Na dah tahu my blood type which is O postive tapi nurse tak accept sbb buat kat KPMC-private hosp. So dia test lagi skali tapi the result will be available in ONE MONTH time.. Err, agak lama kan?? Tapi ye la, ramai org dia nak handle.. Takpe la...


Then, the very cheerful nurse -her name is RATNASARI- asked me to go to LAB 13 for a urine test. Kelakar sket kaunter ni sbb kecik jek, amik botol seniri tulis nombor giliran seniri kat botol, gi toilet, tggu staff panggil nombor kite, then dia mintak jari and 'tet" dia cucuk ujung jari tue amik darah tanpa amaran.. Again?? Na pon tak tanye utk ape dia amik drh tue sbb keadaan sgt kelam kabut ngan rmi org, baby lagi, org tua.. HECTIC! Pastu dia suh Na buang seniri urine tue and wait outside room no 15. Tggu lagi???? Huh, sabar ye cayang...

Masuk bilik 15, timbang berat, ukur tggi, then baring kat katil yang disediakan.. Ade nurse akan buat pemeriksaan fizikal which mean she will touch our tummy to see the baby's position.. Engage ke belum ke, songsang ke ape ke... And this nurse cannot identify my baby's head... Berkali-kali dia pegang atas bawah atas bawah.. Smpi dia tpaksa panggil kawan dia, tetap gagal, panggil lagi sorg, gagal jugak carik kepala baby, smpi la nurse ke 5 which is otai there.. :) Dia pon gagal kesan kepala baby and sudahnye kedudukan dlm buku merah tue ditanda " QUERY ???? position...". Pastu the nurse suh Na kluar tggu dpn bilik 23 lak utk refer DOCTOR..

Ok then, waktu nie Na dah kelabu2 mata... I'm too tired!!
My hubby bought me air milo as I'm exhausted ngan keadaan yang panas dan rimas.. Tggu lak turn nak jpa doktor.. Ya tuhan, lambatnye... Finally, ting tong 5051 appears kat screen tue.. Senyum2 suke Na masuk jpa Doc. Young female doc, 33 thn. Dia suh Na baring, she scan 2 places only. Atas and bwh. Atas nmpk kepala, bwh nmpk pundi kencing baby. Done! Takde pusing2 tgk badan baby yang lain... Sah, baby breech she said... Then she wrote a letter refers me to Hospital Putarajaya...

Akhirnya, setelah lebih 4 jam Na dalam Klinik Kesihatan Puchong, I'm leaving!! Suke............ And I'm soooooooooooooooo tired!! But thanks God dah selesai dpt BUKU MERAH yang diperlukan..




Me and hubby has decided, if baby turn around properly, We'll proceed to deliver at KPMC PUCHONG but if the baby still in breeach position, we'll go to undergo C session at HOSPITAL PUTRAJAYA.. There, the docs will decide whether they want to "pusing" the baby and deliver normally, or deliver normal even baby breeach or last resort- C session.. Stakat ni, at 35 wiks Na hanya mampu berdoa memohon ke hadrat Ilahi agar kelahiran baby dipermudahkan.. Harap2nye normal and Na akn trus berdoa... Insya Allah..

To KPMC staffs and my doc-DOKTOR KAMSURAINI, tq so much for yr kindness throughout my check up there!! Bwh ni kad KPMC...





BISIK BULAN : KITE PUNYA PILIHAN UNTUK JUMPA DOCS DI PRIVATE HOSP TAPI PANDANG SEKELILING KITE, MEREKA TIADA PILIHAN.. TERPAKSA BERSESAK KERNA KURANG BERKEMAMPUAN... BERSYUKUR LA....

Tuesday, January 27, 2009

@ C SESSION...



Pembedahan Cesarean untuk melahirkan anak dengan cara pembedahan biasanya dilakukan secara cemas (emergency) atau secara diatur (elective). Di antara sebab-sebab ia dilakukan ialah :

1. Bayi lemas (fetal distress), ditandai denyutan jantung bayi sangat perlahan kerana tidak cukup oksigen dibekalkan dalam rahim sewaktu proses beralin.

2. Perdarahan kerana uri diberada depan bayi dan menyekat pintu rahim(Placenta previa).

3 . Rongga punggung ibu sempit, tidak muat kepala bayi.

4. Kedudukkan bayi songsang atau melintang.

5 . Sakit bersalin terlalu lama, mungkin lebih 24 jam, ibu keletihan.

6 . Bayi terlalu besar.

7. Masalah-masalah seperti mandul; berulang-kali keguguran anak; mengandung anak sulung dan ibu berumur lebih 35 tahun ke atas (elderly primidgravida) dan lain-lain..

Bagaimana Bius ?

Biasanya ada dua pilihan ;

1. Bius umum, tidur langsung. (General anesthetic)

2. Bius saraf belakang ‘Epidural’ , hanya kebas pada perut hingga ke kaki, masih sedar tentang apa yang berlaku.

Jagaan Lepas Bedah

Jagaan selepas pembedahan cesarean adalah seperti juga jagaan waktu pantang selepas bersalin atau jagaan selepas pembedahan daripada penyakit jenis lain dalam perut. Rawatan susulan ke klinik ialah selepas 2 minggu untuk melihat perkembangan luka jahitan.

Apa yang penting sekali ialah dalam dua minggu pertama ketika luka daripada pembedahan dan kelahiran bayi mulai pulih, badan memerlukan banyak sumber protin daripada makanan, oleh itu makanan yang berkhasiat dan seimbang terdiri bahan-bahan karbohidrat, protin, vitamin daripada sayur-sayuran dan buah-buahan adalah penting.

"Oleh itu dalam waktu pantang ini, khususnya selepas pembedahan cesarean, janganlah sekat makanan yang berkhasiat oleh sebab kepercayaan dan amalan budaya kita ataupun oleh sebab desakan dari orang orang tua kita. Walau demikian makanan yang tentu boleh menyebabkan masalah seperti yang boleh menyebabkan alahan (allergy) patut dijauhkan."

Kurangkan sedikit bahan-bahan yang kaya dengan minyak dan lemak dan bahan manisan yang mengandungi banyak gula seperti coklat dan ais-krim. Pil vitamin dan logam yang dimakan ketika mengandung patut diteruskan sehingga habis pantang khususnya bagi mereka yang menyusukan kerana proses penyusuan memerlukan bahan bahan vitamin khususnya kalsium dalam pembentukan susu.

Biasanya luka pada perut akan kering dan rapat setelah dua minggu. Ketika ini pesakit boleh melakukan aktiviti dan kerja rumah.

Amalan menggunakan bengkung dan juga bertungku tidak dicegah.
Mengurut pada badan juga tidak dicegah, tetapi jika boleh jangan sentuh bahagian perut khususnya pada luka pembedahan tersebut.


Makanan makanan tambahan untuk mempercepatkan proses pemulihan di luka, seperti Jeli, pati ikan haruan dan lain lain bahan di pasaran tidak dicegah.

Apa yang dilarang ialah mengaplikasikan terus ubat pati gamat atau pati haruan pada bahagian bahagian luka ketika 3 minggu pertamaselepas dibedah.

Ia akan menyebabkan jangkitan kuman dan kesakitan yang teramat sangat berlaku. Jika ini berlaku anda mesti bersihkan kawasan yang dijankiti kuman dengan savlon yang dicampur air suam, berserta kapas bersih pada kawasan itu. Picit air bisa dan nanah keluar setiap hari dan biarkan luka terdedah kepada udara. Ini akan memeprcepatkan proses pemulihan kulit.

Jarak kehamilan selepas cesarean

Persoalannya: berapa lamakah sepatutnya seseorang wanita yang telah menjalani pembedahan cesarean boleh hamil lagi ?

Pada kebiasaannya kita cadangkan antara satu hingga dua tahun. Apakah kemungkinan jika seseorang wanita mengandng lebih awal dari itu ? misalnya enam bulan selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.

Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan.

Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun. Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya. Sebaiknya ia diteruskan, lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti diulang,ia bergantung pada apa punca pembedahan yang pertama, misalnya kalau rongga tulangnya sempit maka ia perlu diulang.

Bolehkah saya melahirkan secara normal berikutnya?

Sebenarnya selepas pembedahan cesarean pertama kemungkinan untuk secara normal adalah sangat besar, mungkin melebihi 70 peratus

Sebilangan kecil sahaja yang mungkin diulang-bedah oleh sebab rongga punggungnya agak sempit dan tidak membenarkan kepala bayi melepasinya. Tetapi yang lain-lain adalah disebabkan faktor seperti pendarahan, bayi lemas, atau masalah uri yang tidak mungkin berulang lagi.

Bolehkah seseorang wanita yang menjalani dua pembedahan cesarean melahirkan bayi secara normal?

Sebenarnya ini tidak mustahil kerana pada pengalaman saya sendiri ada beberapa pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas dua kali dibedah cesarean. Tetapi sebelum ini dibenarkan berlaku, satu penilaian penting harus dilakukan, samaada rongga punggungnya itu sempit atau tidak dengan melakukan ujian x-ray punggung (pelvimetry) pada bulan terakhir kandungan. Ukuran besar bayi juga perlu dilakukan melalui ultra-sound.

Ketika mengandung kali ini, ibu tersebut dinasihatkan supaya jangan memakan bahan karbohidrat atau manisan yang berlebihan untuk mencegah bayi menjadi terlalu besar. Makanan yang berasaskan protin dan sayuran perlu ditekankan, malah saya ada satu pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas tiga kali dibedah cesarean. Tetapi ini satu keadaan yang amat luar biasa dan kelihatan mustahil tetapi wujud.


BISIK BULAN : JANGAN PUTUS HARAPAN, PASRAHKAN DOA PADA ILAHI.. HANYA DIA YANG MAMPU MENOLONG HAMBA NYA..

D@Y ONE WIF F@MILY..

We fetch Mama, Bapak and sibblings at Mak Mi's haus.. Then we straight headed to Maksu's haus to visit Maktok and luckily Pakcik's family also there.. We ate laksa (Makcik's handmade), sembang bla bla bla... We left about one and a half hour later to go to Mi Did's haus.. Mi did was sooooooooooooo excited to meet her manja-manja bro.. Heheh, Mi did served her special mi rebus which is sedap sungguh!! Pas solat Asar Asar there, kitorg trus gerak balik to my haus.. Leceh la nak mintak visitor's pass to parking overnight.. Mmg tak selesa untuk parents to visit.. Kena buat surat bg management la pe la.. Luckily for the first timer like us, the guards allowed my father to park overnight.. Tapi my hubby yang parking kat tpt visitor which is besided swimming pool and bagi my dad parking kat his place-dekat sket ngan umah.. Malam, diorg sume dah kenyang so kitorg makan roti and buah jek.. Pastu zzzzzzzzzzzzz..... Sian adik, kakteh ngan kaksu.. tido atas toto jek... heheh.. tapi diorg kewl and enjoy sleep there... kan kan???? heheh...


BISIK BULAN : KALAU BERSAMA ORG TERSAYANG, HATTA HEMPEDU SKALIPON TERASA MANIS..

Friday, January 23, 2009

I MISS THEM AND THEY COME TO ME... WH@T @ BLESSED!


Yeah, I miss my parents a lot and suprisingly they decided to visit me tomoro..??? What a blessed, thanks God.... Hehe, I cannot stop from smiling (sengih2) smpi my hubby asek ejek I..
Anak manja... Erm, not really!!
Hehe, ni la En Ahmad Tajuddin Bukhari Bin Amanshah, bapak cek yang cumel lote tue... Walaupon he's a retired lecturer but he's soooooooooooooooo lembut... Tak garang... Sbb tue kot ramai student amik dia jadik bapak angkat.. Love gardening sooo much tapi terpaksa "stop" (ye ke stop, kurangkan la..) pas dia being warded bcoz of slip disk last 2 years...

Below is the pics of mama and bapak during last raya... They're very romantic.. Susah la nak berpisah.. Most of my dad's time spent at home with her 'princess'... Hehe, so sweet!!


And tomorrow, I'll meet them.. Yieha... Insya Allah, drive carefully ye Pak...


BISIK BULAN : SETINGGI MANA PON KAU MAMPU TERBANG, SEJAUH MANA PON KAU BISA MELANGKAH, KAU TETAP SIFAR TANPA IBU DAN BAPA...

Thursday, January 22, 2009

I'M ON LE@VE FOR 1 D@Y... YIEH@

Yesterday 21/01/09, purposely I took leave..

I'm tired actually... Of the long working days... With a new boss...

So, Na nak ENJOY!!

Pagi-pagi dh kuar straight to Pantai Medical Centre (PMC)..

Got an appointment for nail infection there...

Ya Allah, jem...... Took almost 1 hour ++ to arrive there from Puchong...

Tensen2...

Luckily, sampai jek orang tak ramai..

After 2 people, nurse called my name..



As usual, Dr Stephen Chow (his name-mcm nama actor kan) smile while looking at my tummy..

(",)

"Baby sihat, mommy sihat..?? First or second??" he asked..

"Yeah, we both are great, first la doc"... me; smile as well...

He took a look at my nail but still I cannot take any medicine as I'm pregnant.

So he gave me ubat titik and another one mcm pengilat kuku la tp protect my nails...

Less than 30 mins later, we leave PMC..



Headed to EPF Jalan Gasing, I wanna take internet pword so that I can simply view my account from anywhere..

Sampai jek trus gi kat I-KIOSK tue...

Canggih oo... hehe, masuk MY CARD, ltk right thumb kat 'scanner' tue, then key in temporary pword..

As easy as ABC...

Then my hubby print my statement for 2008, herm.. not bad..

Banyak gak..

Tggu lagi setahun, leh beli umah baru!

Yieha!! (",)



Then, perut dah menyanyi lagu sedih sbb starving!!

Trus my hubby bwk gi tempat dia mkn dolu-dolu waktu dia keja kat PJ TFC..

Nasi kandar!!!

I personally don like nasi kandar.. I tak suke kuah campur2..

Tapi I can eat.. Flexible ma....

(",)



Na amik sotong + ikan..

Sedap la.. Ramai sangat..

Nasib baik kitorg awal.. And teh ais... Slurp........

Nyum nyum... konyang...



At that time around 11.45 pm, my hubby ajak me to watch movie..

Cek punye cek, ade MAUT jek kul 1.30 pm @ TGV sunway pyramid..

Ok la, book thru phone and we went to sunway pyramid..

Niat di hati nak gi fish spa.. yang bagi ikan gigit kaki tue..

Tapi dh smpi sana, rasa mcm malas nyer nak jalan gi spa tue..



Sudahnye pusing2, then lepak kat Baskin robins smbl minum MOCHA blast..

Nyum nyum...

:)

What a nice treat during hot day!!



Maut??

Not as expected...

Message tak smpi...

Kurang menyengat...

Not as "bade's" as I know...

Sorry but that's the truth..




BISIK BULAN : A HOME MEANT EVERYTHING FOR PEOPLE...

Tuesday, January 20, 2009

@KU MOHON KEP@D@MU YA ALLAH...

Ya Allah yang Maha Mengasihi,
Kau hancurkan Yahudi laknat yang telah menganiaya saudara se Islam kami Ya Allah..
Anak kecik maut angkara peluru tak bermata, yang tua dan tidak berdaya menjadi mangsa syaitan bertopengkan manusia, dan kaum wanita yang lemah terus didera hingga menutup mata..
Maka Ya Allah, doa ku dgn tulus dan penuh mengharap..
Berikan sedikit perasaan simpati kepada Yahudi laknat agar berhenti mengikut nafsu jahat mereka...
Dan kepada yang telah terkorban, aku doakan syurga nan mewangi menjadi tempat kalian..
Insya Allah..


لّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."


BISIK BULAN : KUATKAN JIWA KALIAN UNTUK BOIKOT BARANGAN US.. JIKA ITU MAMPU MEMBERI NYAWA UTK SAUDARA SE ISLAM KITA..

ID@M@N BERBED@ D@RI RE@LITI..

Lookin' back at 2007, I thought my first car would be MYVI.. I think MYVI is really kewl....... I really don't care bout the specification or so whatever.. Yang Na tau, MYVI tu cuummmmmeeelll sangat.. So, when I received my offer letter, I want to buy a WHITE MYVI.. Yieha, but then kita hanya merancang tapi pengakhirannya tetap Allah yg menentukan... Kiranya, waktu tue kebetulan pulak MR RIGHT muncul dlm hidup Na dan ajak Na to settle down, so terpaksa la Na tolak dulu impian untuk memiliki kereta pertamaku -MYVI... Ups, takde takde.. Na tak menyesal sket pon...
So, berkahwin la Cik Nana and En Shahrul.. Empat bulan kahwin, my hubby bought me a car.. Herm, not MYVI but Na redha.. Kui kui kui...
Tapi yg tak bestnye, hubby I kata the car is for me tapi Na tak dibenarkan 'menghias' kete tue.. Ape cer ni yang?? Dia takut Na buat kete tu mcm nie...
Err, hello cik abang.. Ayang nak letak butterfly jek dlm kete tue, takde la buat smpi mcm nie.. Boleh ek bang, rama-rama jek... Boleh la... Boleh la...
Tapi tahun nie, Na jatuh hati kat kete nie...
Pergh, andai bisa ku miliki... Nape la ko kuar lmbt sgt??? Kalau tak sure Na beli yang nie... Canggih gile la, design dia cun.... Na suke!!!!!
Bayangkan kalau Na yang bawak..... (",)
BISIK BULAN : CAR DEPRECIATES AGAINST TIME.... :)

Sunday, January 18, 2009

SUMB@NG@N IKHL@S UNTUK P@LESTIN..


Selak-selak paper last wik, nampak muke comel Siti Nurhaliza sumbangkan RM2000 utk umat Islam dia Palestin yg sedang di-ganyang Israel laknat! Nauzubillah.. Dan serta merta jugak Na terlintas utk bukak MURAI portal just bcoz my instinct said that Siti will be condemned regarding her contribution.. And yeah, ade beberapa komen yg kata ...

"Podah, baru beli jam Rm250,000 lebih, derma Rm2,000 jek.. Bla bla bla..."

Dan macam2 lagi la yg dia kena hentam.. Heheh, Na senyum sendiri.. Herm, mcm nie la.. Tgk jam tgn masing2, amik purata la kan satu jam lebih kurang RM500 dan brape anda slalu derma kat org buta tepi jln tue, sure Rm1 @ Rm2 je kan.. Cuma amik calculator, kira tgk nisbah Rm1 : Rm500 harga jam kite tue.. Bukan ke lebih kurang sama dgn nisbah Rm2,000 : Rm 250,000 yg siti derma tue berbanding harga jam dia... (",) Itupon kalau kite derma sbb most of the time, Na percaya kita cuma jalan buat2 tak nmpk dgn si buta tepi jalan tue.. Maka siapa anda utk menghukum Siti.. Heheh, mmg la Na minat Siti tapi tak bermakna tu sbb Na cuba backing dia.. Cuma jentik2 hati kita smua inclusive me myself...


BISIK BULAN : SEBAIK-BAIK DERMA IALAH APABILA TANGAN KIRI SENDIRI TIDAK TAHU BAHWA TANGAN KANAN TELAH MENYUMBANG... :)

Saturday, January 17, 2009

NEW BO$$ ME@NS NEW RULES + STYLES + SONGEH + BL@ BL@ BL@..

I'll always remember 14th Jan 2009 as on this day, I got a new boss.. Tata to my DEAR KIND-HEARTED En Nik Amaluddin and welcome our new boss En Mohd Fauzi.. Hope he'll be as approachable + kind + sporting as En Nik.. And a VERY BEST OF LUCK to En NIk.. Keep up the gut practice u applied to us previously... Nie la En Nik yg baik ati tue and this photo is taken during our Raya Open Haus last two years..




Carik punye carik ade la few pics me @ my workstation. Tapi I show u all my early pic I snapped at my place.. Kui.. kui... Zoom in kat radio yg ade lampu lip lap tue.. Jgn main2 ek.. Mcm disko tau... Heheh, and today as time changes, so does my table... Bertambah kewl... Seiring usia dan status yg dh btukar.. Tapi tak leh tunjuk kat cni... Rahsia beb..........



BISIK BULAN : WALAU DIMANA KITA KERJA, YG PENTING KESUNGGUHAN & KEIKHLASAN... :)

S@L@M M@@L HIJR@H 1430 & SEL@M@T T@HUN B@RU

1430 menjelma pada 29 Disember yg lalu.. Na berazam untuk menjadi..

1) Hamba Nya yang lebih taat dan patuh akan setiap suruhan Nya dan cuba menjauhi apa yang dilarang.. Na nak tunaikan yg wajib dengan penuh kesungguhan dan cuba menambahkan yg sunat… Untuk itu, selain dari usaha Na sendiri, Na mohon agar diberikan kekuatan oleh Allah SWT utk menjadi lebih kuat + tabah dan sabar dlm menjalankan perintah Nya… Insya Allah..



2) Na juga mahu menjadi isteri yang setia dan solehah kepada suami tercinta-Shahrul Zairi.. Jangan ingkar dengan permintaannya dan cuba untuk menjadi isteri ideal untuknya… Yang menyejukkan hatinya, menyedapkan matanya memandangkan, menjadi pendengar yang menyenangkan, dan teman buat dia meluahkan suka duka kehidupan.. Tak lupa untuk bersama dia setiap saat sama ada suka atau duka… Insya Allah..


3) Oh tak pernah dilupa, Na mahu jadi anak yang baik.. Yang menjunjung nama kedua ibu bapa Na ke tempat tggi… Tak lupa walau ditakdirkan satu hari nanti Na akan terbang tggi.. Na akan mengenang dan seterusnya cuba membalas jasa kedua ibu bapa yg tak mungkin dapat dihurai di sini.. Na mahu Mama dan Bapak akan bangga mempunyai anak seperti Na.. Tak dilupa pada kedua mertua Na, Mak and Abah.. I’ll try to be anak yang baik.. Insya Allah..

4) Herm, setelah satu demi satu dugaan di tempat kerja. Na berazam untuk lebih gigih bekerja.. Mencatat satu demi satu pencapaian gemilang dan seterusnya naik pangkat. Dan sebagai permulaan yg baik, my salary will be increased commencing on January 09.. Amin…



5) Na dan suami berazam untuk menjadi “lebih kaya dari biasa”.. Kami akan berbincang dan menilai mana satu bidang yang baik untuk menambahkan pendapatan kami berdua. Sebolehnya menggunakan kebolehan dan keupayaan kami sendiri tanpa menggunakan nama @ pangkat org lain.. 2009 menjanjikan kemelut ekonomi yang sedikit merunsingkan, Na suka kalau kami melipat gandakan simpanan di dlm akaun ie unit trust etc… Agar tak jatuh terjelepuk kalau sesuatu menimpa.. Insya Allah..

Mohon Na, agar Allah SWT akan memudahkan jalan buat kamu berdua mencapai cita2 kami.. Insya Allah..


BISIK BULAN : TAK SALAH BERMIMPI, ANDAI ADA USAHA UTK MENGECAPI... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...