Tuesday, December 22, 2009

PILIH : PAHIT atau MANIS? Salam MAAL HIJRAH 1431!

Salam Maal Hijrah 1431..
01 Muharram 1431H bersamaan dengan 18 Disember 2009.
Tema sambutan Maal Hijrah tahun ini ialah...
‘Memantap Ukhuwwah, Memperkasa Ummah’

1430 bagi Na membawa seribu satu peristiwa...
Yang manis indah hinggalah ke pahit kelat..
Semua diadun rapi dalam sebuah kehidupan...
Baik perit atau ceria, semuanya perencah hidup..
Yang menambah rasa..
Yang mengukuhkan Iman..
Yang menyedarkan kita..
Na mahu lupakan yang masam, pahit, kelat itu..
Lupa disini maksudnya tidak terlalu memikirkan sampai kena darah tggi atau heart attack... Ambil buat pedoman, that's it!
Dan fokus kepada yang manis, indah, ceria, bahagia...

Dan tahun yang baru bermula ini...
Na berazam untuk....

1) Menjadi ummah yang patuh dan taat pada suruhan Ilahi..

2) Menjadi isteri yang solehah...

3) Menjadi anak/menantu yang menyejukkan hati ibu/bapa..

4) Menjadi ibu mithali kepada anakanda Saif Rizq...

5) Menjadi kakak yang tegas/garang agar adik2ku study hard!
6) Bekerja kuat utk kecemerlangan diri..

7) Mengumpul kekayaan (harta dan juga ilmu)

8) KURUS!

Semua tue azam Na tahun ini...
Harap Na dapat mencapai all of them!!
Amin....

Na terkenang nasyid Maal Hijrah...
Hayati liriknya...

bumi mekah seakan menghimpit
mengancam nyawa risalah langit
ketika itu turun perintah
untuk berhijrah ke kota harapan


pergi bukan bererti mundur
tapi menyusun langkah teratur
demi mencapai matlamat agung
membawa rahmat ke seluruh alam


satu muharam detik bersejarah
dimasa umat telah berhijrah
dari kota mekah ke kota madinah
tinggal segala harta keluarga
sahabat handai dan yang tercinta


tiada yang lebih berharga
selain iman yang sejahtera
kerananya sanggup berkorban
harta dan nyawa watan tercinta


kerana ikatan ukhuwah fillah
mengatasi ikatan saudara
kaum ansar mendakap rasul
dan muhajirin sujud bersyukur


disinilah ketabahan
umat islam diuji....

Dan Na takkan lupa ini...

"Sesungguhnya Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri…” Surah Ar-Rad Ayat 11.

Salam Maal Hijrah untuk semua pembaca warkahbuatbulan....
(",)
Moga kita sama2 mencapai azam masing2...
Amin....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...