Saturday, January 17, 2009

S@L@M M@@L HIJR@H 1430 & SEL@M@T T@HUN B@RU

1430 menjelma pada 29 Disember yg lalu.. Na berazam untuk menjadi..

1) Hamba Nya yang lebih taat dan patuh akan setiap suruhan Nya dan cuba menjauhi apa yang dilarang.. Na nak tunaikan yg wajib dengan penuh kesungguhan dan cuba menambahkan yg sunat… Untuk itu, selain dari usaha Na sendiri, Na mohon agar diberikan kekuatan oleh Allah SWT utk menjadi lebih kuat + tabah dan sabar dlm menjalankan perintah Nya… Insya Allah..



2) Na juga mahu menjadi isteri yang setia dan solehah kepada suami tercinta-Shahrul Zairi.. Jangan ingkar dengan permintaannya dan cuba untuk menjadi isteri ideal untuknya… Yang menyejukkan hatinya, menyedapkan matanya memandangkan, menjadi pendengar yang menyenangkan, dan teman buat dia meluahkan suka duka kehidupan.. Tak lupa untuk bersama dia setiap saat sama ada suka atau duka… Insya Allah..


3) Oh tak pernah dilupa, Na mahu jadi anak yang baik.. Yang menjunjung nama kedua ibu bapa Na ke tempat tggi… Tak lupa walau ditakdirkan satu hari nanti Na akan terbang tggi.. Na akan mengenang dan seterusnya cuba membalas jasa kedua ibu bapa yg tak mungkin dapat dihurai di sini.. Na mahu Mama dan Bapak akan bangga mempunyai anak seperti Na.. Tak dilupa pada kedua mertua Na, Mak and Abah.. I’ll try to be anak yang baik.. Insya Allah..

4) Herm, setelah satu demi satu dugaan di tempat kerja. Na berazam untuk lebih gigih bekerja.. Mencatat satu demi satu pencapaian gemilang dan seterusnya naik pangkat. Dan sebagai permulaan yg baik, my salary will be increased commencing on January 09.. Amin…



5) Na dan suami berazam untuk menjadi “lebih kaya dari biasa”.. Kami akan berbincang dan menilai mana satu bidang yang baik untuk menambahkan pendapatan kami berdua. Sebolehnya menggunakan kebolehan dan keupayaan kami sendiri tanpa menggunakan nama @ pangkat org lain.. 2009 menjanjikan kemelut ekonomi yang sedikit merunsingkan, Na suka kalau kami melipat gandakan simpanan di dlm akaun ie unit trust etc… Agar tak jatuh terjelepuk kalau sesuatu menimpa.. Insya Allah..

Mohon Na, agar Allah SWT akan memudahkan jalan buat kamu berdua mencapai cita2 kami.. Insya Allah..


BISIK BULAN : TAK SALAH BERMIMPI, ANDAI ADA USAHA UTK MENGECAPI... :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...